You are currently viewing Semakan Kelayakan Program MQA

Semakan Kelayakan Program MQA

Semua program yang ditawarkan di UC Bestari adalah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA). Senarai program boleh disemak dan dicetak terus melalui laman sesawang https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA

Berikut dikongsikan maklumat tentang panduan atau Cara Mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA :

  1. Anda perlu layari ke laman rasmi MQA dengan klik pada pautan berikut :-
  2. Lihat disudut sebelah kiri dan klik Carian Kata Kunci (TUKAR KE BAHASA MELAYU).
  3. Pada pilihan menu, pilih Institusi Swasta, kemudian klik Kolej Universiti.
  4. Masukkan kata kunci yang bersesuaian ruangan Nama IPT (Kolej Universiti Bestari)
  5. Klik pada ikon Papar untuk program yang dikehendaki.
  6. Cetak maklumat program yang dikehendaki atau kelayakan yang dipaparkan (cetakan terus maklumat akreditasi tersebut boleh digunakan sebagai bukti bahawa program atau kelayakan telah memperoleh Akreditasi MQA).