Kajian Pengesanan Graduan Tahun 2022

Sistem Kajian Pengesanan Graduan tahun 2022 akan dibuka bermula 1 September 2022 hingga 15 November 2022.

Sehubungan dengan itu, semua bakal graduan bagi tahun 2022 sahaja dimohon untuk mengisi Kajian Pengesanan Graduan seperti berikut:

Berikut adalah langkah-langkah untuk akses ke SKPG 1;

1) Layari portal rasmi GREaT di pautan https://great.mohe.gov.my/
2) Seterusnya, sila klik pada butang SKPG
3) Di ruang log masuk, sila lengkapkan maklumat seperti CONTOH berikut;

No.KP/Passport : 880010123425
Nama Institusi : (sila taip nama Institusi di ruang yang disediakan)
KOLEJ UNIVERSITI BESTARI

4) Klik Hantar/Submit
Sekiranya graduan menghadapi masalah untuk akses atau sebarang kesulitan untuk meneruskan soal selidik ini, boleh maklumkan kepada pihak Tracer Study menerusi emel [email protected] berserta maklumat berikut;

  1. No.kp/passport
  2. No.matrik
  3. Nama Penuh
  4. Nama IPT
  5. Browser yang digunakan (eg. Mozilla firefox, Internet Explorer, Google Chrome, dsb)
  6. Keterangan masalah yang dihadapi (sebaik-baiknya disertakan bersama screenshot/printscreen paparan penuh masalah tersebut)

Mohon kerjasama semua bakal graduan 2022 untuk mengisi kajian ini bagi membantu pihak KPT mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkaitan kebolehpasaran graduan terutama dalam situasi pandemik yang sedang melanda negara. Dengan adanya data ini pihak KPT dapat membuat perancangan yang lebih berfokus bagi membantu kumpulan graduan yang terkesan dan lain-lain penambahbaikan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara.