Majlis Konvokesyen ke-8 University College Bestari

MAKLUMAT ISTIADAT KONVOKESYEN KE-8 UC BESTARI

Tarikh Majlis Konvokesyen

  • Tarikh      : 2hb November 2024
  • Hari      : Sabtu
  • Masa       : 7.30 Pagi
  • Tempat    : Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Tarikh Pengambilan dan Pemulangan Jubah Akademik

TARIKH PEMINJAMANMASATEMPAT
  27 – 30hb Oktober  2024
(Ahad – Rabu)  
9.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.30 petang
Perkarangan Pejabat Bendahari, Bangunan Akademik, UC Bestari  
TARIKH PEMULANGANMASA
  3 – 5hb November 2024
(Ahad – Selasa)  
9.30 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 4.30 petang

 *  Graduan hendaklah mengemukakan SLIP BANK (BUKTI PEMBAYARAN) dan SLIP PENGESAHAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN semasa urusan peminjaman jubah.

Kehadiran Graduan

Graduan diwajibkan membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen ke 8 melalui pautan https://bit.ly/3SyAocV sebelum 11hb Ogos 2024.

Yuran Graduasi

Yuran graduasi yang ditetapkan ialah RM350. Bagi graduan tahun 2023 yang telah mengambil transkrip akademik adalah  sebanyak RM250 sahaja. Semua graduan perlu membuat pembayaran dengan cara bank-in atau online transfer ke akaun:

  • Nama akaun      :  KOLEJ TEKNOLOGI BESTARI (CIMB Bank)
  • Rujukan              : Konvokesyen 2024. Salinan slip bank (bukti pembayaran) tersebut mesti dikemukakan semasa urusan peminjaman jubah

Tatacara pemakaian Jubah Akademik

Taklimat dan Raptai Konvokesyen

Tarikh                  : 1hb November 2024 (Jumaat)

Masa                   : 3.00 petang

Tempat                : Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

** Muat turun semua maklumat berkaitan konvokesyen ke-8 UC Bestari >> Klik sini